Home » , » MAYAT HIDUP SEMULA KETIKA NAK DIBEDAH SIASAT

MAYAT HIDUP SEMULA KETIKA NAK DIBEDAH SIASAT

Written By Mster Vral on Wednesday, 5 February 2014 | 00:57




KUALA LUMPUR – “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.


Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.

Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.

Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.


0 comments:

Post a Comment

Followers

Like us on Facebook
Follow us on Twitter
Recommend us on Google Plus
Subscribe me on RSS