KISAH BENAR: Pasangan Sedang Oral Seks. Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina...
Kisah Benar untuk dijadikan pengajaran kepada pemuda atau pemudi yang selalu ke taman rekreasi atau batu hampar buat projek! Contohnya di Kalumpang ada air terjun. Menyertai askar wataniah dan melatih askar wataniah lelaki dan wanita di kawasan batu hampar di Kalumpang.
Selalu berpesan kepada mereka jangan buat perkara tak senonoh seperti “projek”. Kawasan hutan adalah tempat habitat liar. Jadi jangan silap langkah. Banyak pantang larang kena ikut. Maklumlah masuk kawasan orang selalu kena hormat. Jangan kencing merata-rata atau terlalu gembira memekik melolong. Yang askar wanita yang datang bulan, pampers jangan buang merata kerana boleh menggangu makhluk halus yang kita tak tahu tinggal disitu.
Ada juga orang awam yang datang buat “projek” kat celah-celah batu dan dikawasan semak samun. Ada yang pernah kena gigit lipan atau kala jengking. Tapi kisah kali ini, sepasang kekasih yang buat “projek” ringan-ringan tetapi nafsu mana boleh kawal sehingga terlanjur dan mereka berzina. Jadi teruskan membaca kisah benar ini…… Kisah ini Abe dapat drp 'inbox' oleh Sahabat Abe tadi...
Ambillah
iktibar dari kisah benar ini. Melihat pendedahan yang dibuat oleh
sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita
yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di
pusat-pusat perkelahan mengingatkan…. Pengalaman saya berhadapan dengan
sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun
lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali
ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut
kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia
didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat
terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di
merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta
dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.
Mereka
ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat
membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya
di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan
itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta
pertolongannya.
“Apa yang boleh saya bantu encik?”
Tanya
Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk
menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu
mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah
yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana
berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah
besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan
agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
“Ustaz…macam
ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu
nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali
ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang
membelitnya.”
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar
masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan
“penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.
“Awak pernah pukul ular ke?”
Ustaz
Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng
kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu
turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat
itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta
air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan
matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni,
pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara
seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan
saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang
menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar
kepadanya.
Namun
lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan
sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak
malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur
hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya
berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan
kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu,
wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan
air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia
kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini
Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak
itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular.
Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan
Ustaz Abdullah.
Ustaz
Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya
kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin
dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu
menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku
sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja
di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk
pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan
bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa
kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka
bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut
lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada
hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana,
pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu.
Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada
gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
“Hanya
dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular
tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak
kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu
sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai
sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak.
Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak
berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana
dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau
ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi
perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ,
pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian
melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya
nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas
suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si
perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula
menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa
menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor
ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.
“Kami
tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang
ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami
berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak
melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan
ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada
bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu
menjerut tubuh mereka.
“Saya
menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi
dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus
diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana
belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti
tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu
lagi.
Keadaan
kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan
darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya
menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang
pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul
kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu
teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau
terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong
dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu
dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai
kepala ular tersebut.
“Akhirnya,
ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak
lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju
kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke
hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan
dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang
mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan
ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si
lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang
tulang rusuk.
Empat
bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan
merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh
keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering
dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan
akibat patah tulang rusuk.
Akibat
“badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana
sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.
Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya
yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah
menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan
zina.
Ustaz
Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular
itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak
berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi
azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera
bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak
mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah
dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat
beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji
akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz
Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan
minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar
sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka
pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi
Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan
menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.
-edisikini.com
0 comments:
Post a Comment