Orang lelaki ini sukar difahami namun lelaki hanya mempunyai sikap yang sama sepanjang masa. Lelaki tidak seperti perempuan. Dalam sebulan pasti akan ada perubahan emosi yang berlaku terhadap si perempuan dan lelaki perlu berjaga-jaga sepanjang waktu tersebut. Perempuan berbeza dengan lelaki, lelaki sentiasa kelihatan ‘cool’ sepanjang masa. Emosi lelaki boleh dikatakan agak mendatar kerana lelaki tidak perlu menahan sakit setiap bulan atau tidak perlu berasa tidak selesa. Emosi lelaki jarang berubah secara mendadak melainkan terjadinya sebab-sebab tertentu.
Ramai yang bertanya, bagaimana cara untuk memahami seseorang lelaki? Kadang-kadang, saya sendiri tidak dapat memahami kehendak dan kemahuan lelaki. Tapi, di sini saya ingin menyenaraikan beberapa cara untuk memahami jiwa lelaki.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG SENTIASA SIBUK BEKERJA:
Memang tidak dinafikan, sesiapa yang menjadi kekasih bagi lelaki yang sibuk bekerja akan menjadi tertekan dan rimas. Apatah lagi, setiap kali anda mengajak si dia untuk keluar bersama, pasti alasan yang diberikannya ialah “I SIBUK NI, ADA KERJA YANG PERLU DISELESAIKAN, NANTI KITA KELUAR BERSAMA YA.” Sudah tentu hati akan berasa kecewa dan bosan dengannya. Malah, anda juga turut melihat kawan-kawan anda bahagia bersama pasangan masing-masing. Mungkin anda akan terfikir, “Kenapa teman lelakinya sempat meluangkan masa bersama sedangkan teman lelakinya pun bekerja.” Sebenarnya, bercinta dengan lelaki yang kuat bekerja ini memang memerlukan pengorbanan yang besar. Sekiranya anda tidak mampu bersabar, saya nasihatkan supaya anda bertindak awal kerana risau kemungkinan besar anda akan kecewa di kemudian hari. Satu sahaja yang perlu anda lakukan iaitu bersabar. Anda perlu bersyukur, sekurang-kurangnya anda tahu, si dia sibuk bekerja dan bukannya sibuk berfoya-foya. Sekurang-kurangnya masa depan anda bersamanya cerah kerana kewangannya yang stabil. Cuba untuk berfikiran positif. Lelaki suka sekiranya perempuan yang dicintainya dapat memahami dirinya. Anda boleh menghantar SMS kepadanya dan menyatakan perasaan rindu anda kepadanya. Percayalah, walau sesibuk mana pun si dia, si dia pasti akan membalas SMS anda. Saya rasa itu lebih baik daripada tiada sebarang perkhabaran daripadanya, bukan begitu? Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah cuba untuk berfikiran positif. Kerana dalam percintaan, sikap saling percaya itu penting. Usah khuatir, sekiranya si dia menyayangi anda sama seperti anda menyayangi si dia, pasti hubungan kalian akan berkekalan. Cuma anda perlu bersabar. Anda juga boleh menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti bagi menghindarkan diri daripada berfikiran negatif.
SEKIRANYA SI DIA KUAT CEMBURU:
Cemburu tandanya sayang. Kalau si dia tidak menunjukkan sebarang perasaan cemburu, itu tandanya si dia tidak kisah tentang anda. Namun, anda patut bersyukur kerana si dia berasa cemburu. Tapi, bagaimana pula sekiranya si dia seorang yang kuat cemburu? Jangan terlalu risau kerana segalanya boleh diselesaikan. Mari kita ambil contoh sekiranya si dia berasa cemburu kerana anda mempunyai ramai kenalan lelaki. Si dia berulang kali memberitahu anda bahawa dia memang tidak suka melihat anda berkawan dengan kawan lelaki anda. Anda keliru dan buntu sama ada ingin menjaga hati si dia atau hati si kawan lelaki. Bagi saya, kedua-duanya boleh dijaga dengan syarat anda bijak mengawal situasi yang berlaku di sekeliling anda. Sebelum itu, anda perlu menjelaskan kepadanya bahawa anda hanya berkawan dan bersahabat dengan kawan anda, tidak lebih daripada seorang kawan. Jarang sekali bagi lelaki untuk memberikan kepercayaan dengan mudah kepada orang lain melainkan dia benar-benar mencintai perempuan tersebut. Sekiranya si dia benar-benar mencintai anda, dia pasti akan mempercayai anda. Namun, anda juga perlu menunjukkan bukti kepadanya bahawa anda tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikannya. Cuba elakkan daripada berjumpa dengan kenalan lelaki anda tanpa kenalan perempuan yang lain. Hal ini kerana, si dia mungkin akan menjadi lebih cemburu sekiranya melihat anda berdua-duaan dengan kenalan lelaki anda walaupun hanya sebagai kawan sahaja.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG PANAS BARAN:
Sekiranya anda ingin memilih lelaki untuk dijadikan sebagai pasangan hidup, sudah tentu anda akan memilih lelaki yang penyabar, bukan? Tapi, jangan terlalu yakin dengan pilihan anda, mungkin si dia seorang yang panas baran. Anda hanya perlu bijak bermain dengan emosinya. Rata-rata perempuan yang mempunyai kekasih panas baran ini akan mudah berputus asa. Jarang sekali kita dapat berjumpa dengan perempuan yang dapat menahan sabar dengan lelaki panas baran. Sebenarnya, lelaki panas baran ini seorang yang penyayang namun sikap barannya itu yang membuatkan mereka kelihatan cukup agresif! Sewaktu anda bercakap dengannya, cuba elakkan daripada meninggikan suara dengannya kerana lelaki normal atau panas baran memang tidak suka apabila perempuan meninggikan suara kepada mereka tanpa sebab yang kukuh. Anda perlu banyak bermain dengan psikologi si dia. Cuba gunakan pendekatan psikologi tanpa perlu meninggikan suara dan bertekak dengannya. Lama-kelamaan si dia akan mula sedar akan kesalahan dirinya dan mula berubah menjadi kurang baran. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan daripada berterusan memaksa si dia untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Hal ini mungkin akan menyebabkan si dia bertambah baran dengan anda.
SEKIRANYA SI DIA SEORANG YANG BERBEZA UMUR:
Bercinta dengan lelaki yang muda atau tua memerlukan sikap profesional. Masyarakat sekeliling akan mencemuh malah tidak kurang juga yang akan mengherdik anda sekiranya jarak umur antara anda dengannya begitu jauh. Usah pedulikan orang lain, anda hanya perlu memfokuskan segala perhatian anda terhadap hubungan cinta anda yang baru berputik itu. Memang sukar untuk menjalani kehidupan normal bersama dengan seseorang yang berbeza umur – mungkin jarak perbezaan umur yang agak jauh. Sekiranya anda bercinta dengan lelaki muda, besar kemungkinan si dia masih belum matang dari segi pemikiran manakala sekiranya anda bercinta dengan lelaki yang berusia, besar kemungkinan hubungan anda mungkin tidak berkekalan. Segalanya berkaitan dengan KEMUNGKINAN. Apabila anda bercinta dengan lelaki yang lebih muda dan masih belum matang dari segi pemikiran, apa yang perlu dilakukan ialah SABAR. Lelaki lebih lambat matang berbanding perempuan. Dan bersyukurlah sekiranya anda mendapat kekasih muda yang matang. Cuba untuk bertolak ansur dengannya dan saling menghormati kerana walaupun si dia muda, namun, si dia sememangnya mendambakan penghormatan daripada anda. Jangan sesekali menganggap si dia muda dan memperkecilkan kebolehan si dia. Layan si dia seperti seorang perempuan melayan lelaki matang dan elakkan daripada melayan si dia seperti kanak-kanak kecil. Manakala sekiranya anda berkasih dengan lelaki berusia, anda perlu memahami si dia kerana lelaki berusia sememangnya memerlukan perempuan yang dapat memahaminya dan sentiasa berada di sisinya.
0 comments:
Post a Comment