Home » » Kisah Si Gangster Bisu (Serius Lawak!)

Kisah Si Gangster Bisu (Serius Lawak!)

Written By Mster Vral on Tuesday, 22 October 2013 | 23:25


Seorang ketua gangster yang kebuntuan idea untuk kutip wang pelindungan telah mengupah seorang bisu sebagai wakilnya untuk kutip duit haram.

Kisah Si Gangster Bisu (Serius Lawak!) | Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketua gangster itu mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.



Maka si bisu a.k.a si gangster bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu… Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

Admin – Kah kah kah korang paham-paham je la apakah kesudahan kepada gangster bisu tu. Malangnya nasib. Tu la siapa suruh nyorokkan duit tu. Kan orang lain yang akan dapat. Bijak sungguh juru bahasa tu. Sempat juga berfikir jahat dalam keadaan seperti itu. Tapi kena ingat, ini hanyalah lawak semata-mata, duit haram dari aktiviti gangster adalah haram untuk dimakan, dipakai dan diberi kepada anak dan isteri. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara sebegini. Amin.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Like us on Facebook
Follow us on Twitter
Recommend us on Google Plus
Subscribe me on RSS