GEORGETOWN - Begitu menyayat hati melihat keadaan mayat bayi sudah
berulat ditemui di dalam tong sampah dibuang di sini semalam, umpama
barang yang tidak ada harga langsung.
Penemuan mayat itu berjaya merungkai misteri bau busuk sejak seminggu
lalu dari sebuah tong sampah di hadapan sebuah rumah di pangsapuri Jalan
Lintang Madrasah, Jelutong Park.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner
Mazlan Kesah berkata, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu
ditemui seorang penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk sejak Selasa
lalu.
Beliau berkata, keterangan awal pengadu iaitu seorang lelaki yang
menyewa di sebuah rumah di situ terhidu bau busuk sejak 4 Jun lalu namun
tidak ambil peduli kerana menyangka bangkai haiwan
“Tetapi teman wanitanya yang datang ke rumahnya semalam (kelmarin)
berasa tidak selesa lalu cuba mengesan punca bau itu. Apabila memeriksa
tong sampah di luar rumah, mereka menemui mayat bayi sudah berulat yang
dibungkus dengan plastik hitam,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, terkejut dengan penemuan itu, mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
“Siasatan awal mendapati, rumah yang disewa pengadu turut disewa seorang
lelaki lain selain dua wanita lain. Bagaimanapun, dua wanita itu
meninggalkan rumah berkenaan sejak 4 Jun lalu tanpa diketahui alasannya.
“Kita akan siasat sama ada dua wanita itu terlibat dengan kes ini. Mayat
bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 9
pagi semalam untuk bedah siasat,” katanya.
sumber
Mazlan berkata, sehingga kini polis tidak melakukan sebarang tangkapan
dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu
menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang membawa hukuman penjara
sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan
sumber
0 comments:
Post a Comment