Doktor Yang Membedah Dirinya Sendiri
Seorang doktor mempunyai satu kelebihan yang luar biasa. Ia mampu
membuat pembedahan ke atas dirinya tanpa mempunyai rasa takut selama 1
jam dan 45 minit.
Doktor Yang Membedah Dirinya Sendiri | Biasanya seorang doktor membedah pesakit. Tapi lain halnya dengan Doktor Leonid Rogozov, yang berasal dari Russia ini melakukan pembedahan pada dirinya sendiri. Pada bulan April 1961, ketika bertugas di Artartika dalam ekspedisi Antartika Soviet. Waktu itu dia merasakan sakit di perut kanan bawah dan demam. Dia pun mendiagnosa dirinya sendiri yang ternyata menderita sakit usus. Hari berikutnya doktor itu merasa putus asa dan kesempatan untuk memanggil pesawat tidak ada.Saat itu dia adalah satu-satunya doktor di stesen Novolazarevskaya, pada malam hari. Dia pun melakukan pembedahan pada dirinya sendiri. Dia dibantu oleh seorang kerani mesin dan seorang ahli meteorologi di stesen itu. Mereka berdua membantunya memberikan instrumen medik dan memegang cermin kecil di perutnya.
Dia melakukan pembiusan lokal dengan solusi novocaine dan membuat sayatan 12cm di perut kanan dengan pisau bedah. Operasi tersebut berlangsung hingga 1 jam dan 45 minit. Dengan tindakan nekadnya itu, Doktor Leonid Rogosov menjadi terkenal kerana berhasil mengoperasi dirinya sendiri dan kembali sihat.
Admin - Seorang doktor yang mempunyai kelebihan luar biasa. Secara hakikatnya, tidak semua doktor mampu melakukannya kerana antara salah satu faktor, bagaimana dia mahu mengawal pernafasan dan sebagainya. Apa pun, doktor ini diberikan kelebihan yang tidak semua orang ada.
0 comments:
Post a Comment