Kota Bharu, 19 Ogos : Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas
sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika
sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit
Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.
Kejadian jam 8.45 malam itu
menyebabkan Mohd Harith Danial Errman, 8, dikejarkan ke Hospital Besut
sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.
Dia turut menerima beberapa jahitan apabila turut tercedera di mulut.
Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Aidilfitri.
Bagaimanapun, bapanya, Errman Mohd Yusof, 35, yang bekerja sebagai
pemandu lori bergegas pulang melihat anaknya di hospital sebaik
dimaklumkan kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment