Miera Liyana Nafi Disingkir Hip TV
Gara-gara tidak mencapai tahap piawaian sebagai seorang pengacara atau lebih tepat lagi tidak memberikan prestasi yang baik sewaktu mengendalikan program hiburan, Hip TV di saluran TV9, pelakon Miera Liyana khabarnya telah disingkirkan dari program tersebut.Bagi mendapatkan kesahihan mengenai perkara ini, GUA menemubual pelakon drama ‘Kamelia Katrina’ ini ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Pecah’, di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
“Isu ini tidak benar kerana saya bukan disingkirkan tapi kontrak saya selama lima bulan bersama Hip TV sudah tamat. Orang boleh cakap macam-macam tapi mereka kena tahu pengacaraan merupakan satu bidang baru buat saya dan saya sendiri bukan dilahirkan sebagai seorang pengacara.
Sewaktu awal-awal mereka mahu mengambil saya, saya dah beritahu yang saya seorang pelakon dan bukannya hos. Saya hanya boleh bagi apa yang termampu dan tak janji boleh memuaskan hati mereka,” ujar Miera yang bergandingan bersama Kamal Adli dalam program tersebut.
Menurut khabar angin yang sampai ke telinga GUA, pengacara baru yang akan mengambil alih tempat Miera Liyana dan Kamal Adli ialah Aidid Marcello dan Hunny Madu. Kalau benar perkara ini, apa kata anda, suka atau tidak? – Gua.com.my
0 comments:
Post a Comment