Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali
dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan
sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak
saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar
lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut
lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa
mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan
cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu
pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat
polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat
kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke
rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
0 comments:
Post a Comment