Gambar Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari pendaki Malaysia maut di
gunung Everest. Terkini, seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke
Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat
penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness).
Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa,
Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan
Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara
seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita
simptom sama.
Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100
meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana
cuaca buruk.
0 comments:
Post a Comment