Home » , » 15 Pelajar Lelaki Belasah Guru Disiplin

15 Pelajar Lelaki Belasah Guru Disiplin

Written By Mster Vral on Wednesday, 22 January 2014 | 19:42

15 Pelajar Lelaki Belasah Guru Disipli| Hendak salahkan siapa jika kes sebegini berlaku? Bukan masa untuk menuding jari namun tindakan 15 orang pelajar membelasah guru mereka merupakan suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Di manakah silap kita dalam mendidik generasi muda ini. Adakah sekolah kini sudah tidak selamat bagi guru-guru terutamanya guru perempuan? Ikuti laporan berita di bawah ini.
Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.
“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.
Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.
Melayukini.net - Mungkin di peringkat pengurusan, kita tidak menekankan tentang bagaimana untuk menjaga adab sebagai seorang pelajar. Bukankah menjaga adab itu antara sebahagian dalam menuntu ilmu? Menuntut ilmu penting bagi memperoleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Like us on Facebook
Follow us on Twitter
Recommend us on Google Plus
Subscribe me on RSS